Petaling Jaya, Nov 27.
Bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu menggugurkan menteri tidak berprestasi dalam Jemaah Menteri.
Katanya melantik menteri kewangan kedua yang cekap dari segi teknikal untuk memacu pembaharuan sukar, penting bagi rombakan Kabinet itu.
Beliau mendapati Anwar gagal memisahkan jawatan perdana menteri dan menteri kewangan, sesuatu yang dipertikaikannya tanpa jemu ketika menjadi pembangkang.
Bekas ketua Pemuda Umno itu berkata, Anwar berkuasa berdasarkan gelombang jangkaan untuk reformasi, tetapi perubahan yang ditunggukan itu tidak kelihatan.
Beliau memuji Anwar atas kemahirannya membentuk kerajaan tidak mungkin – termasuk bekerjasama dengan seteru lama Umno – dan mematahkan cubaan menggulingkannya.
Tetapi, katanya Anwar mula hilang daya tarikannya kepada rakyat yang berdepan masalah kenaikan kos sara hidup.
Beliau berkata prestasi ringgit paling teruk di rantau Asia tahun ini selepas yen, manakala pertumbuhan keluaran dalam negara kasar menjadi sederhana akibat faktor luaran dan reformasi dalaman yang perlahan.