PBB arah pengunduran tentera upahan dari Libya

Majlis Keselamatan PBB kelmarin meminta semua tentera asing dan upahan meninggalkan Libya, dalam satu kenyataan sebulat suara yang termasuk dari Rusia, negara yang dituduh membenarkan sebuah kontraktor Rusia menghantar pasukan separa tentera ke Libya.

Libya dicengkam keganasan dan kekacauan sejak pembunuhan dan kejatuhan diktator Muammar Gadhafi pada 2011.

Moscow dituduh menyokong tentera upahan menentang Kerajaan Perjanjian Kebangsaan Tripoli (GNA) yang disokong PBB.

Semua 15 anggota Majlis Keselamatan meminta “pengunduran semua tentera asing dan upahan dari Libya, selari dengan perjanjian gencatan senjata yang dicapai oleh parti-parti di Libya pada 23 Oktober, komitmen peserta Persida-ngan Berlin dan berkaitan resolusi Majlis Keselamatan PBB.”

Kenyataan itu dikeluarkan selepas sidang video tertutup.

Majlis Keselamatan juga menjelaskan “kepentingan keberkesanan Mekanisme Pemantauan Gencatan Senjata diketuai Libya.”

Pada hujung Disember, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dijangka menghantar pilihan kepada Majlis untuk penubuhan mekanisme, yang akan beroperasi di bawah naungan PBB.

PBB hanya mempunyai misi politik kecil di Libya melibatkan sekitar 230 orang.

Pada awal Disember, pemangku duta PBB ke Libya Stephanie Williams berkata, kira-kira 20,000 tentera asing dan upahan masih berada di Libya.

Dua pihak yang berebut kuasa di negara itu: GNA di Tripoli, diiktiraf oleh PBB dan disokong tentera Turki dan Khalifa Haftar, disokong Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Rusia dan Mesir.

Wagner, seorang kontraktor tentera Rusia, sudah lama dituduh menghantar tentera upahan untuk berkhidmat atas kepentingan Kremlin di Syria, Libya dan negara-negara di sub Sahara di Afrika. 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here