Silk Smitha Cerita Tak Diketahui

Pelakon Silk Smitha bukan sahaja penari handal dan pelakon glamor, malah beliau juga menunjukkan kehebatan lakonan watak karktor penting dalam beberapa filem Tamil. Dia menunjukkan kehebatan perlakonannya dalam filem filem seperti ‘Moondram Pirai’ dalam pengarahan Balu Mahendra, filem ‘Alaigal Oyvathilai’ dalam pengarahan Barathi Raja.

Kematiannya bukan sahaja mengejutkan peminat setianya tetapi boleh dikatakan seluruh filem industri Kollywood, Tollywood boleh dikatakan genang pada waktu itu. Dia mati mengejut pada usia muda semasa waktu puncak dia berlakon sebagai artis penari glamor utama. Filem industri kehilangan seorang artis cantik ayu. Walaupun berlakon sebagai artis penari, watak watak penting yang dilakonnya masih tidak boleh lupa oleh peminat filem, terutamanya peminat filem era 80 dan 90 an.
Misteri mengenai kematiannya masih menjadi buah mulut bagi peminatnya. Sekarang sebuah filem dalam pengambaran, yang menceritakan kisah Sik Smitha. filem yang berjodol ‘Silk Smitha The Untold Story’ itu digambarkan oleh pengarah Jairam.Ia diterbitkan oleh S.P.Vijay. Filem ini digambarkan serentak dalam 5 bahasa iaitu Tamil, Telugu, Malayalam, Hindi dan Kannada.Saringan filem itu dijadualkan pada tahun hadapan. Teeser mengenai filem itu sekarang menjadi tarikan penting dalam media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here