Beribu pengguna terputus bekalan air di Negeri Sembilan

Seremban, Dis 11.
Banyak kawasan di Negeri Sembilan mengalami gangguan bekalan air bermula sekitar jam 8 pagi tadi selepas pihak Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) mengesan bau minyak diesel di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi, Port Dickson.

Kawasan membabitkan tiga daerah iaitu Port Dickson, Seremban dan Rembau dengan bau minyak diesel itu dilaporkan mula dikesan sekitar jam 10 malam tadi.

SAINS dalam satu kenyataan memaklumkan pengeluaran air dari loji rawatan berkenaan terpaksa dihentikan untuk menepati piawaian kualiti air minum kebangsaan.

Jurucakap syarikat itu berkata, setakat tengah hari, LRA itu masih belum beroperasi kerana air mentah masih lagi berbau dengan bacaan dua ton.

Katanya, antara kawasan yang terjejas di daerah Port Dickson termasuk kawasan Batu 6 dan Batu 4 Jalan Pantai, Jalan Sua Betong, Air Kuning dan kawasan pekan Port Dickson.

“Selain itu, kawasan Lukut, Simpang Bukit Palong, Chuah, Bukit Pelandok sehingga Tanah Merah Site A,” katanya. Menurutnya, beberapa kawasan di Seremban yang terjejas adalah Rantau, Jalan Sungai Gadut, Taman Pinggiran Senawang dan Taman Bukit Senawang Perdana.

“Manakala di Rembau pula membabitkan Kampung Kundur, Kampung Pedas Hilir, Taman Pedas Perdana, Taman Pinggiran Pedas, Taman Pedas Indah, Ulu Kanchong dan kawasan sekitar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here