Kit Siang akan beri keterangan kepada polis

Kuala Lumpur, Dis 11.
Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang, mengesahkan akan memberi keterangan kepada Polis Diraja Malaysia, dalam masa beberapa hari lagi, berhubung kenyataannya yang menyentuh kemungkinan orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.Beliau berkata, kenyataan berkaitan Impian Malaysia itu dibuat ketika berucap di hadapan pelajar Malaysia di Manchester pada akhir bulan lalu.

Saya dituduh membuat kenyataan provokatif apabila saya menyatakan Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri.

“Tiada niat sedemikian. Perlembagaan bukan dokumen provokatif, (ia) asas kepada kesatuan rakyat Malaysia yang mesti dipertahankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Khamis lalu, Kit Siang berkata, polis sedang mencari beliau susulan kenyataannya di Manchester ketika berucap di hadapan pelajar Malaysia, bahawa Perlembagaan Malaysia pada 1957 mahupun selepas dipinda pada 1963 ketika Malaysia dibentuk, tidak menyekat mana-mana orang bukan Melayu daripada menjadi Perdana Menteri

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dilaporkan berkata, beliau berharap Malaysia tidak perlu menunggu lama seperti Amerika Syarikat (AS) untuk mempunyai pemimpin daripada kalangan minoriti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here