Covid-19 kes baru 5,097

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,097 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,619,577. Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 3.7 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya. Nilai kebolehjangkitan, atau R-naught, kekal 0.99 setakat 25 Nov. Nilai itu perlu kekal di bawah 1.00 bagi mengelakkan peningkatan jangkitan baru.

Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow. Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 26) di mana 5,501 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut: Selangor (1,479), Sabah (486), Kelantan (442), Johor (430), Kedah (428), Kuala Lumpur (400), Pulau Pinang (369), Pahang (358), Perak (262), Melaka (229), Terengganu (189), Negeri Sembilan (159), Sarawak (144), Putrajaya (69), Perlis (30), Labuan (27).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here