Tragedi Batang Kali Genap Setahun

Kuala Lumpur, Dis 16.
Awal pagi Jumaat, 16 Disember setahun yang lalu, negara dikejutkan dengan satu tragedi berlokasi di Batang Kali.

Maklumat awal diterima pihak berkuasa berhubung kejadian kira-kira jam 2.30 pagi di Father’s Organic Farm, tapak perkhemahan popular di daerah Hulu Selangor itu, menyatakan ada 100 mangsa terbabit, namun dari semasa ke semasa jumlah berubah sebelum muktamad pada angka 92.

Selama sembilan hari operasi mencari dijalankan di kawasan perkhemahan yang tertimbus itu, akhirnya 61 daripada mangsa disahkan terselamat, manakala 31 lagi terkorban membabitkan 18 individu dewasa dan 13 kanak-kanak.

Kebanyakan mangsa yang maut adalah guru, pelajar dan kakitangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong di Kampung Batu, Jalan Ipoh, di sini, bersama ahli keluarga mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here