Harga bawang India, Pakistan naik sehingga 65%

Kuala Lumpur, Dis 22.
Harga bawang besar dan bawang merah dari India serta Pakistan di negeri ini naik antara 60 dan 65 peratus sejak awal bulan ini.

Tinjauan di beberapa pasar raya di negeri ini mendapati bawang besar India dan Pakistan dijual pada harga RM7.40 sekilogram, meningkat 60 peratus berbanding RM4.50 pada bulan lalu.

Bawang merah India dan Pakistan pula dijual pada harga RM6.95 sekilogram, naik 65 peratus berbanding RM3.80 sekilogram. Pengurusan sebuah pasar raya ketika ditemui bukan hanya berhadapan kenaikan harga, malah bekalan kedua-dua bahan itu juga sukar diperoleh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here