MB Kedah Gelar penjawat awam, media ‘barua’ kerajaan

Aor Setar, Jan 9.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor disifatkan melampaui batas apabila melabel agensi kerajaan dan media sebagai ‘barua’ kepada Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar yang mengakui kecewa dengan kenyataan susulan siasatan terhadap Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebelum ini berkata, reaksi Sanusi itu tidak sesuai dengan seorang Menteri Besar.

Ia benar-benar memalukan. Dia (Sanusi) perlu sedar dia memegang jawatan yang sebagai pihak yang berkuasa dan tidak sepatutnya melabel agensi penguat kuasa undang-undang sebagai ‘barua’.

“Perlukah agensi penguatkuasaan dihalang daripada menjalankan tugas mereka? Itu tidak betul.

“Sanusi juga tidak sepatutnya mengutuk wartawan yang melaporkan fakta daripada prosiding mahkamah kerana mereka ini melaporkan apa yang berlaku, apa yang didokumenkan, dan apa yang dinyatakan.

“Jangan anggap mereka yang melaporkan secara automatik bersalah atau menjadi ‘barua’ untuk menindas orang lain,” katanya ketika dihubungi. Jumaat lalu, SPRM menahan reman Ketua Pegawai Eksekutif KFA bersama tiga yang lain susulan siasatan terhadap kes meminta dan menerima rasuah RM6 juta membabitkan badan induk bola sepak negeri itu.

Wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan bagi membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di Kedah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here