‘Made In Malaysia’ cetus persoalan

Kuala Lumpur, Jan 12.
Penemuan palam pintu Boeing 737 Max 9 yang tertera tulisan tangan ‘Made In Malaysia’ (Buatan Malaysia), sekali lagi menjadikan Malaysia tumpuan dalam siasatan insiden penerbangan.

Portal berita Oregon Public Broadcasting (OPB) melaporkan pengalaman guru sekolah, Bob Sauer, yang menjumpai palam pintu tercabut dari pesawat Alaska Airlines Boeing 737 MAX 9 pada 5 Januari lalu.

Pintu itu dipercayai tercabut pada altitud 16,000 kaki (4,877 meter) sebelum terjatuh di laman belakang rumah Sauer di pinggir bandar Oregon.

Sebelum ini, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) mengenal pasti kawasan itu sebagai salah satu tempat ia mungkin terjatuh. Apa yang lebih menarik dalam penemuan itu adalah bagaimana nombor siri dan butiran pembuatan tambahan palam pintu kelihatan seolah-olah ditulis dengan tangan menggunakan penanda dakwat kekal menyatakan ‘Made In Malaysia’.

Penerbangan Alaska Airlines yang membawa 177 orang termasuk anak kapal melakukan pendaratan cemas di Oregon, Amerika Syarikat (AS) pada 5 Januari lalu.

Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Portland kira-kira jam 5 petang waktu tempatan sebelum mendarat semula dengan selamat selepas kru melaporkan isu tekanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here