Lelaki meninggal dunia selepas selamatkan 7 mangsa kebakaran

Labuan, Jan 24.
Usaha murni seorang lelaki membantu memadam kebakaran dan menyelamatkan tujuh sekeluarga jirannya berakhir tragedi, apabila dia meninggal dunia akibat sesak nafas dalam kebakaran sebuah rumah teres di Merinding Garden dekat Jalan OKK Daud di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4 .17 pagi itu, Gillian Donald, 41, warga tempatan ditemui dalam keadaan tidak bermaya lalu pengsan dan diberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) namun mangsa gagal diselamatkan.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Mohd Hamizi Halim, berkata kebakaran membabitkan sebuah rumah kediaman jenis teres dua tingkat.

Katanya, pasukan polis yang menjalankan siasatan awal di tempat kejadian mendapati pihak bomba telah berjaya memadam kebakaran berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here