Tipu MC, 5 termasuk suami isteri kena penjara, denda

Butterworth, Feb 14
Lima individu termasuk suami isteri masing-masing dijatuhi hukuman penjara satu hari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen, di sini selepas mengaku bersalah menggunakan sijil cuti sakit (MC) palsu dari sebuah hospital kerajaan, empat tahun lalu.

D. Carolina dan suaminya, T. D. Vasudevan masing-masing berusia 28 tahun serta tiga yang lain, G. Mukuntan, 28, M. Harrvinthan, 27, dan R. Gobinath, 43, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mereka juga diperintahkan menjalani hukuman penjara selama dua bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit.

Mengikut pertuduhan, kelima-lima tertuduh didakwa dengan curang menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu sijil cuti sakit yang ketika itu diketahui palsu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here