48 jam di atas bumbung flat

Sandakan, Feb 15.
Seorang lelaki akhirnya berjaya dipujuk dan dibawa turun dalam keadaan selamat selepas lebih tiga hari berada di bumbung bangunan Flat Sejati, di sini, hari ini.

Lelaki berusia 39 tahun dipercayai kurang siuman itu berjaya ditahan dan dibawa turun daripada atas bangunan dengan bantuan agensi keselamatan lain.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus Sainkui, berkata sebaik berjaya dibawa turun mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan. “Mangsa seterusnya dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Operasi ditamatkan jam 2.08 petang selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud di lokasi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, usaha untuk memujuk lelaki itu dilakukan bersama pihak bomba, polis dan ahli keluarganya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here