Budak 4 tahun maut dihembap pokok

Jempol, Feb 21.
Keseronokan dua beradik bermandi di sebuah pusat rekreasi di Batu Kikir bertukar tragedi apabila seorang daripadanya maut dihempap pokok kira-kira 1.17 tengah hari semalam.

Ketua Polis Jempol, Hoo Chang Hook berkata, kanak-kanak lelaki empat tahun itu meninggal dunia akibat parah di kepala dan dada, manakala kakak mangsa berusia sembilan tahun masih dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Katanya, bapa mangsa memaklumkan dia membawa dua anaknya bermandi di kawasan itu kira-kira 1 tengah hari.

Beliau berkata, anaknya yang sedang bermandi di kolam, kemudian berjalan ke arahnya yang berada di kawasan jeram.

“Semasa berjalan ke arah bapanya, tiba-tiba sebatang pokok tumbang dan menghempap mangsa. Kedua-dua mangsa dihempap, tetapi pada jarak berbeza,” katanya dalam kenyataan semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here