Kereta terjunam bawah jambatan

Lipis, Feb 22.
Pengurus FELDA Sungai Koyan 1 mengalami kecederaan di kepala, manakala isterinya maut apabila kereta dinaiki pasangan itu terjunam ke bawah jambatan selepas melanggar penghadang akibat terbabas di Kilometer (KM) 2, Jalan Sungai Koyan-Raub, di sini, kelmarin.

Nahas berlaku kira-kira jam 6.50 petang ketika mangsa, Mohd Nazaruddin Abdullah, 50, yang juga pemandu kereta jenis Perodua Kancil terbabit, bersama isteri, Azlina Mohamed, 45, sedang dalam perjalanan dari arah Raub menghala ke Sungai Koyan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata Azlina yang juga seorang suri rumah, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati setiba di tempat kejadian, kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jambatan sebelum terjunam ke bawahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here