Warga Malaysia ‘bos’ kepada Raja Dadah India – PDRM nafi dakwaan

Kuala Lumpur, Mac.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan warga Malaysia menjadi ‘bos’ kepada Raja Dadah India yang dicekup Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) negara itu baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Khaw Kok Chin berkata, pihaknya mengesan beberapa laporan berita mendakwa penerbit filem Tamil, Jaffer Sadiq mempunyai kaitan dengan aktiviti penyeludupan dadah antarabangsa termasuk di Malaysia.

Portal berkenaan mendakwa aktiviti dadah yang didalangi Jaffer ini diketuai oleh seorang warga Malaysia yang terbabit dalam industri perfileman Tamil.

Risikan JSJN setakat ini mendapati dakwaan portal berkenaan tidak tepat kerana tiada sebarang maklumat tentang penglibatan Jaffer dengan mana-mana individu warga Malaysia dalam aktiviti pengedaran dadah di Malaysia, katanya dalam kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here