Kanak-kanak 6 tahun hilang ditemui selamat di Batang Kali

Kuala Lumpur, Julai-
Kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu ditemui selamat di Batang Kali, Selangor.

Penemuan Albertine Leo Jia Hui disahkan Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan.

Ketua Polis Johor Komisioner M. Kumar berkata mangsa berada dalam keadaan selamat.

Menurut beliau, mangsa ditemui dengan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun sekitar jam 4.45 pagi Selasa. “Mangsa berada dalam keadaan selamat dan kini berada di hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

“Tiada kecederaan fizikal pada mangsa,” katanya di sini pada Selasa. Mengulas lanjut, Kumar berkata motif penculikan masih dalam siasatan, selain tiada sebarang wang pampasan dituntut.

Ketika ini, lima individu tempatan telah ditahan, di mana empat daripada mereka telah direman selama empat hari, manakala seorang lagi yang baru ditahan pagi tadi akan direman petang ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here