Banci Pertanian 2024:Dianggarkan lebih daripada 63,000 pesawah berdaftar di Negeri Kedah bakal dibanci

Kota Setar, 3 Ogos
Dapatan Banci Pertanian 2024 akan menjadi input“utama dalam mengurus dan memajukan aktiviti penanaman padi di Negeri Kedah.“Ketua Perangkawan merangkap Pesuruhjaya Banci, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir“Mahidin berkata, maklumat yang tepat dan terperinci dari pelbagai aspek seperti“pengurusan tanah, perancangan kewangan, pengoptimum hasil, penggunaan“mekanisasi hingga latihan kepada petani dapat ditangani dengan lebih efektif.“Dengan memanfaatkan data dan maklumat daripada bancian ini, petani dapat“meningkatkan produktiviti, mengurangkan risiko, dan memaksimakan hasil“penanaman padi mereka.

Oleh itu, kerjasama orang ramai dalam membekalkan“maklumat kepada Jabatan Perangkaan sangat penting bagi menggambarkan“keadaan dan situasi semasa aktiviti tanaman padi khususnya di negeri Kedah.“Beliau ditemui ketika program turun padang bagi operasi kerja luar Banci Pertanian“2024 di Kampung Masjid, Kubang Rotan bersama Pengurus Besar Lembaga“Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Tuan Haji Kamarudin bin Dahuli bagi bertemu“pengusaha tanaman padi dan pemilik syarikat Saez Maju Enterprise – MADA“Agriculture Service Provider, Tuan Haji Sayadid bin Saffie. Turut hadir sama ialah“Timbalan Pesuruhjaya (Teknikal) Kedah, Puan Nadia binti Marzuki.

“2“Berdasarkan kepada Laporan Keluaran Negara Kasar (KDNK) Negeri Kedah,“ekonomi Kedah meningkat kepada 1.6 peratus pada tahun 2023 dengan nilai“ditambah sebanyak RM51.8 bilion berbanding RM51.0 bilion pada tahun“sebelumnya. Dari aspek komposisi ekonomi Kedah pada tahun 2023, sektor“Perkhidmatan memacu ekonomi negeri ini dengan sumbangan sebanyak 56.2“peratus. Seterusnya, sektor Pembuatan dan Pertanian masing-masing“menyumbang sebanyak 29.2 peratus dan 10.7 peratus. Sektor Pembinaan pula“mencatatkan sumbangan sebanyak 3.0 peratus, diikuti oleh sektor Perlombongan“& Pengkuarian yang menyumbang sebanyak 0.2 peratus.

“Sektor Pertanian bagi negeri Kedah menguncup 2.8 peratus, dengan nilai ditambah“RM5.5 bilion dipengaruhi oleh penurunan dalam subsektor Perikanan serta“Tanaman (getah dan padi). Pertumbuhan positif subsektor Ternakan telah“mengimbangi penyusutan sektor ini“Namun begitu, Kedah merupakan negeri yang mempunyai keluasan bertanam“tertinggi bagi penanaman padi di Malaysia pada tahun 2022 iaitu 213.7 ribu hektar“diikuti oleh Sarawak 77.7 ribu hektar, Perak 74.6 ribu hektar dan Kelantan 74.0 ribu“hektar. Pengeluaran padi di Kedah pula direkodkan sebanyak 834.9 ribu tan metrik,“merupakan kedudukan tertinggi bagi seluruh negeri di Malaysia. Kedah“menyumbang 41.2 peratus pengeluaran padi di Semenanjung Malaysia dan 36.6“peratus pengeluaran padi di Malaysia.

“Banci Pertanian menyediakan data asas tentang profil pegangan pertanian seperti“maklumat demografi, hasil pertanian, kos input, saiz ladang, penggunaan dan“pemilikan tanah, mekanisasi serta penggunaan teknologi. Secara ringkasnya,“statistik pertanian ini dapat digunakan untuk merangka dasar dan program jangka“pendek dan jangka panjang serta untuk meningkatkan keterjaminan makanan,“produktiviti serta mempromosikan pertanian mampan. Melalui Banci Pertanian 2024“ini diharap dapat membantu kerajaan dalam mengukur kestabilan bekalan padi“negara bagi memenuhi keperluan domestik dan mengurangkan kebergantungan“kepada import.

“3“Banci Pertanian 2024 yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan“Malaysia (DOSM) kini telah memasuki hari ke-27 sejak ia mula dijalankan pada 7“Julai 2024 di seluruh negara. Banci ini merangkumi empat subsektor iaitu tanaman,“ternakan, perikanan & akuakultur dan perhutanan dan pembalakan.“Di Kedah, sebanyak 672.2 ribu Tempat Kediaman (TK) direkodkan pada tahun 2024“dengan 81,780 Tempat Kediaman (TK) yang terlibat dengan aktiviti pertanian akan“dibanci. Bagi pertubuhan perniagaan yang akan dibanci pula adalah sebanyak“1,124 pertubuhan.

Sehingga 1 Ogos 2024, sebanyak 28,008 TK telah dilawati“manakala sebanyak 19,668 TK telah selesai dibanci.“Mengangkat tema “Banci Pertanian 2024, Kunci Kemajuan Pertanian” hasil“daripada banci diharapkan menjadi landasan yang kukuh untuk penggubalan dasar“dalam pertanian dan seterusnya digunakan sebagai penanda aras dan“penyelarasan statistik pertanian sedia ada. Sehubungan itu, Pesuruhjaya Banci,“Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata DOSM sangat mengharapkan kerjasama“daripada semua responden dalam menjayakan Banci Pertanian 2024 ini. Untuk“maklumat lanjut mengenai Banci Pertanian 2024, boleh layari“https://www.myagricensus.gov.my/.

“Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah melancarkan OpenDOSM NextGen“sebagai medium yang menyediakan katalog data dan visualisasi bagi memudahkan“pengguna menganalisis pelbagai data dan boleh diakses melalui portal“https://open.dosm.gov.my.

“Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Hari Statistik Negara (MyStats Day) pada“20 Oktober setiap tahun. Tema sambutan MyStats Day adalah “Statistik Nadi“Kehidupan”. DOSM menyambut ulang tahun ke-75 Jubli Intan pada tahun 2024.“Dikeluarkan oleh:“Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kedah“2 Ogos 2024
“4
“Lampiran“Jumlah TK“Pertanian“Jumlah TK“dilawati“Peratus“TK“dilawati“(%)“Jumlah TK“Selesai“Peratus“TK“Selesai“(%)“

Malaysia 1,177,556 334,996 28.4 261,065 77.9
“Johor 193,095 60,616 31.4 38,565 63.6
“Kedah 81,780 28,008 34.2 19,668 70.2
“Kelantan 87,621 16,921 19.3 14,868 87.9
“Melaka 17,963 4,112 22.9 3,698 89.9
“N. Sembilan 37,795 10,859 28.7 8,845 81.5
“Pahang 83,550 24,518 29.3 19,870 81.0
“P Pinang 18,122 7,201 39.7 5,415 75.2“Perak 67,453 14,858 22.0 12,687 85.4
“Perlis 14,167 4,284 30.2 2,584 60.3
“Selangor 67,727 22,724 33.6 17,589 77.4
“Terengganu 92,358 31,415 34.0 27,358 87.1
“Sabah 251,556 72,392 28.8 57,207 79.0
“Sarawak 158,063 37,063 23.4 31,604 85.3
“Wilayah Persekutuan 6,306 2,013 31.9 1,107 55.0

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here