Kemalangan Treler minyak sawit – Tumpahan minyak berlaku

Ipoh, Jan-
Sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit terlibat dalam kemalangan di Kilometer 348.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan dekat Bidor tengah hari tadi, menyebabkan berlakunya tumpahan minyak.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.52 tengah hari.

“Sepasukan pegawai dan anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor diarahkan ke lokasi kejadian.

“Tiada mangsa mengalami kecederaan dan sebuah treler membawa muatan kira-kira 45 tan metrik minyak sawit mengalami kebocoran setelah dilanggar sebuah lori lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here