Prasarana sedia 300 van DRT baharu – Loke

Kuala Lumpur, Jan-
Prasarana Malaysia Bhd bakal membawa masuk lebih 300 van baharu perkhidmatan transit atas permintaan (DRT) yang akan beroperasi di sekitar stesen tren RapidKL bagi mengurangkan isu destinasi akhir dari stesen tren dan sebaliknya, atau ‘first mile last mile’.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, ia bagi memastikan penumpang tidak lagi mengambil masa terlalu lama untuk sampai ke stesen pengangkutan awam berkenaan dari rumah mereka, selain sebahagian usaha meningkatkan kadar kepenggunaan pengangkutan awam.

Katanya lagi, proses operasi 300 van baharu tersebut akan bermula secara berperingkat antara Februari sehingga Jun depan.“Tahun ini pihak Prasarana melalui RapidKL akan memperkenalkan 300 van bergerak di Lembah klang berdekatan stesen awam untuk membawa penumpang, dan (seterusnya) menyelesaikan isu ‘first mile last mile’.

“Sebanyak 20 van telah diguna pakai sejak tahun lalu, dan ia memang popular dan ramai suka kerana kita hanya caj RM1 untuk satu perjalanan. Jadi (bermula) bulan Mac nanti, 300 van baharu akan mula beroperasi, secara progresif kita akan mendapat van baharu,” katanya lagi.

Loke berkata, Prasarana juga akan membawa masuk 310 bas diesel baharu, yang merupakan kumpulan terakhir sebelum melaksanakan hala tuju kerajaan untuk memperkenalkan sistem bas awam yang lebih mesra alam.

Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas menghadiri sesi Pembentangan Laporan Prestasi 2024 dan Pelan 2025 Prasarana di Menara Prasarana, di sini pada Jumaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here