10 doktor palsu Bangladesh ditahan

Kuala Lumpur, Jan-
Sepuluh ‘doktor’ warga Bangladesh ditahan dalam serbuan di 10 klinik disyaki beroperasi secara haram sejak setahun lalu di sekitar ibu negara, semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Zakaria Shaaban, berkata operasi bersama Kementerian Kesihatan (KKM) membabitkan enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu dan satu di Jalan Silang.

“Berdasarkan aduan awam dan maklumat risikan dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi diatur gerak ke lokasi premis perniagaan dan berjaya menahan 10 orang lelaki warga Bangladesh berusia antara 31 hingga 50 tahun.

“Semakan awal mendapati seorang yang ditahan memiliki pas lawatan kerja sementara (PLKS) sektor perkhidmatan, enam memiliki PLKS sektor pembinaan, dua orang tinggal lebih masa, manakala seorang lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pasukan operasi merampas peralatan doktor palsu, ubat-ubatan dan wang tunai RM800 dipercayai hasil rawatan dan jualan ubat.

“KKM juga merampas sebanyak 502 jenis ubat tidak berdaftar dan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM265,192.00,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here