Tiada keperluan gubal Akta Anti Diskriminasi Kaum

Kuala Lumpur, Feb-
Kementerian Perpaduan Negara berpandangan tiada keperluan untuk menggubal atau memperkenalkan suatu undang-undang baharu seperti Akta Anti Diskriminasi Kaum.

Menteri, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata ketika ini memadai dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada yang dilihat sudah memadai dalam memastikan hubungan antara kaum terpelihara.

Tegasnya, sesiapa yang dengan sengaja melakukan apa-apa perbuatan, mencetuskan atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang menggugat perpaduan kaum dan agama boleh disiasat dan didakwa mengikut beberapa akta antaranya di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) serta Akta Hasutan 1948 (Akta 15).

“Penguatkuasaan yang telus dan adil, tanpa mengira latar belakang etnik, agama dan kelas sosial adalah amat penting untuk memastikan keharmonian terus terpelihara,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng yang meminta Menteri Perpaduan Negara menyatakan sama ada suatu Akta Anti-Diskriminasi Kaum akan digubal untuk membendung gejala peristiwa perkauman yang kian melarat dalam kalangan pemimpin parti politik dan inidividu yang bersikap estremis dan rasis termasuk peristiwa terkini yang melibatkan seorang penjaja di Sepang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here