Kekecohan pada mesyuarat tahunan PKR Kuala Selangor

Kuala Lumpur, Mac-
Kekecohan pada mesyuarat tahunan PKR Kuala Selangor kelmarin, satu laporan polis dibuat berhubung kekecohan.

Setiausaha bahagian itu, Vikneswar Krishna Moorthy yang membuat laporan itu di Balai Polis Bestari Jaya berkata, sekumpulan individu diketuai tiga orang, termasuk seorang pemimpin Pemuda PKR Selangor mencetuskan kekecohan.

Tetapi, Vikneswar tidak mendedahkan kekecohan itu mengenai apa. Satu klip video pertengkaran itu tersebar di media sosial.

Vikneswar berkata, beliau cuba memujuk kumpulan itu untuk menyelesaikan pertikaian terbabit, tetapi mendapati mereka tidak memberi kerjasama.

Sementara itu, Thiban Subbramaniam, ketua PKR Kuala Selangor, berkata beliau turut akan membuat laporan polis berhubung kekecohan itu dan satu lagi laporan terhadap “Edisi Siasat” yang menyiarkan video kejadian berkenaan.

Katanya, mesyuarat tahunan itu adalah yang terakhir sebelum pemilihan parti diadakan bulan depan dan Mei.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here