Saravanan mahu Zamri Vinoth ditangkap

Kuala Lumpur, Mac-
MacTimbalan presiden MIC menggesa pihak berkuasa menangkap Zamri Vinoth di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma selepas penceramah itu didakwa mempersendakan upacara kavadi.

Dalam video yang dimuat naik di media sosial, M Saravanan berkata beliau membangkitkan perkara itu kepada perdana menteri dan menteri dalam negeri.

Merujuk kepada kes Zamri sebelum ini, beliau berkata penceramah itu mesti dipertanggungjawabkan kali ini.

“Dia tidak boleh dibenarkan ‘terlepas’ lagi kerana kekurangan bukti,” katanya.

Pada 2019, Zamri ditahan kerana membuat kenyataan yang dikatakan menghina agama Hindu.

Dia disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak mendakwanya.

Zamri dalam satu catatan Facebook semalam menulis ramai penganut Hindu yang melakukan upacara kavadi kelihatan seperti ‘kena rasuk sambil mabuk todi’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here