Jawatan Ketua PKR Cabang Tebrau 2 ‘nama besar’ tewas mengejut

Johor Bahru, Apr-
Naib Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse, tewas mengejut di tangan calon ahli biasa parti dalam perebutan jawatan Ketua Cabang Tebrau pada pemilihan kali ini.

Selain Ahli Parlimen Tebrau itu, M Prakash turut mengalahkan Ahli Parlimen Segamat yang juga penyandang jawatan terbabit, R Yuneswaran, pada pertandingan berkenaan.

Berdasarkan maklumat laman sesawang Pemilihan PKR 2025, Prakash memperoleh 690 undi untuk mengatasi Yuneswaran (589 undi) dan Jimmy yang juga bekas Ketua Cabang Pulai (560 undi).

Keputusan Pemilihan PKR 2025 bagi Johor dimuat naik dalam laman sesawang parti, malam ini.Borang keputusan itu ditandatangani Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Berdasarkan borang itu, daripada sejumlah 2,276 yang layak mengundi, sebanyak 1,840 jumlah kertas undi dikeluarkan pada pemilihan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here