Kuala Lumpur, Mei-
Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dalam kemalangan Selasa lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan selepas dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Norhamizah Shaiffudin, lapor Sinar Harian.
Berdasarkan pertuduhan pertama, dia sebagai pemandu lori jenis Hino telah memandu dengan cara berbahaya kepada orang awam hingga mengakibatkan kematian kepada S. Perumal, 44, Mohd Roslan Abd Rahim, 46; Mohd Pozli Jaudin, 41; Nurit Pandak, 34; Amiruddin Zabri, 38; Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38; Muhamad Akmal Muhamad, 35; Damarrulan Abdul Latif, 33; dan Akmal Wafi Annuar, 28, di tempat, masa dan tarikh sama.
Kesalahan didakwa dilakukan di Kilometer 15 Jalan Sungai Manik dalam daerah Hilir Perak. lebih kurang 9.05 pagi pada 13 Mei 2025.Sebutan semula kes dan lantikan peguam ditetapkan pada 17 Jun ini.
Dalam nahas pagi Selasa lalu, sembilan anggota FRU maut, manakala sembilan lagi cedera selepas trak dinaiki mereka dilanggar sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan.
























