Kapal hantu dengan kesan terbakar hanyut di Perairan Terengganu

Kuantan, Ogos-

Sebuah kapal seberat hampir 300 tan dengan kesan terbakar, ditemui hanyut berhampiran pelantar minyak di perairan Terengganu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang, Laksamana Pertama Mazlan Mat Rejab berkata, kapal itu ditemui kira-kira empat batu nautika timur Pelantar Semangkok A, Terengganu, jam 4.45 petang, kelmarin.

Menurutnya, ketika dikesan kapal itu sedang hanyut melepasi kawasan pelantar minyak terbabit.

Katanya, keadaan itu memberi risiko kapal itu terlanggar pelantar minyak lain di kawasan berkenaan.

“Sejurus laporan diterima Maritim Malaysia melakukan siasatan termasuk tinjauan udara untuk mengesan lokasi kapal itu.

“Sebaik dikesan, Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dikerah merapat kapal terbabit serta memasang tali tunda ke kapal itu jam 6.58 petang semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here