Kuala Lumpur, Sep-
Kementerian Kesihatan (KKM) merekod satu kematian Covid-19 pada minggu epidemiologi ke-35 (ME35/2025) sehingga 6 Sept lalu.
Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, berkata ia membabitkan warga emas terlantar berusia 91 tahun.
“Secara kumulatif, kematian Covid-19 sehingga kini adalah tiga (dilaporkan pada ME24/2025, 30/2025 dan 35/2025,” katanya dalam catatan X malam tadi menurut Bernama.Beliau menasihatkan orang ramai terus mengamalkan langkah pencegahan asas, iaitu kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak serta mendapatkan vaksinasi, jika berisiko.






















