‘Datuk’ didakwa subahat membunuh juruteknik

Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini atas pertuduhan bersubahat membunuh seorang juruteknik di Bandar Springhill, Lukut di sini bulan lalu. Tertuduh R Ravi, 53, hanya mengangguk dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret V Vanita.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa bersubahat dengan empat individu yang telah dituduh di mahkamah sebelum ini dan seorang lagi yang masih bebas membunuh A Vasudevan, 39. Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Springhill 3/3, Bandar Springhill, Lukut di sini antara jam 5.40 pagi hingga 9.45 pagi, pada 13 November lalu.

Berikutan itu Ravi didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama. Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Nur Athirah Zainudin dan tertuduh diwakili peguamDatuk Geethan Ram Vincent dan Revin Kumar. Mahkamah menetapkan 15 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here