Kuala Lumpur, Mac –
Kementerian Luar giat memantau keselamatan lebih 29,112 rakyat Malaysia yang berada di negara yang terjejas konflik di Asia Barat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebahagian rakyat Malaysia yang berada di kawasan tersebut merupakan golongan pekerja, pelancong dan jemaah umrah.
Katanya, penutupan ruang udara serta gangguan penerbangan menjejaskan pergerakan mereka dan menimbulkan kebimbangan keselamatan.
“Kerajaan sentiasa bersiap siaga untuk memberikan bantuan sewajarnya melalui kedutaan dan konsulat di negara terlibat termasuk memudahkan proses pemulangan rakyat Malaysia yang memerlukan.
“Sebagai kerajaan kita bertanggungjawab memelihara dan menjamin keselamatan rakyat Malaysia supaya keberadaan mereka di sana dapat dijamin,” katanya ketika memberi penerangan mengenai situasi keselamatan di Iran dan Rantau Timur di Dewan Rakyat di sini hari ini.





















