Kebanyakan daripada 5,000 tenaga kerja PETRONAS yang akan diberhentikan berstatus kontrak – PM

Sepang, Jun-
Kebanyakan daripada 5,000 kakitangan Petrolium Nasional Bhd (PETRONAS) yang akan dikurangkan secara berperingkat sepanjang tahun depan adalah berstatus kontrak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kebanyakannya kontrak,” katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai keputusan dan langkah diambil oleh syarikat minyak dan gas negara itu dalam melaksanakan pengurangan kakitangannya.

Perdana Menteri ditemui media selepas selesai solat Jumaat di Surau Al-Ikhwan Jalan Pinggiran Putra di sini, sebentar tadi. Terdahulu, beliau berkesempatan makan tengahari disebuah restoran berhampiran surau berkenaan bersama pengunjung.

Semalam, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz menjelaskan keputusan itu diambil selepas syarikat berkenaan berdepan cabaran operasi yang sukar terutamanya disebabkan kejatuhan harga minyak mentah.

Katanya, bilangan kakitangan yang terbabit dalam proses pengurangan itu berjumlah kira-kira 5,000 orang atau 10 peratus daripada tenaga kerja dengan mereka yang terbabit akan dimaklumkan secara berperingkat sepanjang tahun depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here