Trafik sesak 3 kilo meter dekat Terowong Menora

IPOH –

Orang ramai yang ingin ke utara dinasihat menggunakan laluan alternatif bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan susulan kemalangan tiga kenderaan di KM 257.1 Lebuh Raya Utara Selatan, selepas Terowong Menora.

Menurut jurucakap PLUS, kemalangan pada kira-kira pukul 8.30 pagi itu melibatkan tiga kenderaan berat termasuk sebuah treler yang mengangkut beberapa unit kereta baharu.

Katanya, susulan daripada itu lorong kiri terpaksa ditutup sehingga menyebabkan trafik sesak sehingga tujuh kilometer.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim berkata terdapat mangsa cedera dalam kemalangan itu, bagaimanapun maklumat lanjut akan menyusul.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here