Seramai 124 keluarga dari Kampung Chekkadi dan Kampung Muhibbah di Buntong, Perak boleh menarik nafas lega apabila menerima Notis 5A bagi penempatan semula RPT Bemban kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.Ahmad Faizal berkata “Ia sememangnya memberikan kegembiraan kepada mereka kerana sepanjang tempoh 30 tahun itu kebanyakan mereka terpaksa menumpang di rumah saudara-mara selain berhijrah ke tempat lain. Mereka ini yang datang dari satu kawasan setinggan di Buntong, ada yang menanti sehingga hampir 35 tahun,” katanya.
Ahmad Faizal menjelaskan, kerajaan negeri telah mewartakan kira-kira 10.714 hektar tanah di Mukim Sungai Terap bagi RPT Bemban dan baki kawasan seluas kira-kira 55.368 hektar diluluskan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Perak (LPHP) sebagai Skim Pembangunan Rumah Mampu Milik.