Rakyat perlu jaga kesihatan mental sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

PETALING JAYA: Dengan bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan semalam, ramai rakyat Malaysia yang sedang berada di kediaman masing-masing. Keadaan ini akan berterusan hingga tempoh perintah tamat.

Pakar kesihatan mental, Dr Anasuya Jegathevi Jegathesan berkata rakyat perlu meluangkan masa ini dengan baik dan berguna.

Badan kita memerlukan cahaya matahari untuk berada dalam keadaan cergas. Oleh itu, orang ramai perlu meluangkan sedikit masa di beranda atau halaman rumah.

Pengarah program psikologi Universiti Taylor itu berkata kita tidak boleh berada rumah sepanjang hari dan tidak membuat apa-apa. Ia akan menyebabkan kita mengalami kemurungan, oleh itu kita perlu melakukan aktiviti yang boleh menenangkan minda dengan hanya di rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here