Tempoh penangguhan bayaran ablik PTPTN dilanjutkan :PM

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk memberikan lanjutan masa dari tiga kepada enam bulan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penangguhan itu melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta.

“Penangguhan ini yang berkuatkuasa serta-merta pada hari ini sehingga 30 September 2020. Ia dijangka memberi manfaat kepada hampir 1.5 juta peminjam PTPTN,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here