Kerajaan benar rumah ibadat bukan Islam beroperasi

Kerajaan bersetuju untuk membenarkan 5,230 rumah ibadat bukan Islam beroperasi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata rumah ibadat boleh beroperasi pada hari dan masa seperti biasa, dengan kehadiran 1/3 dari keluasan ruang.

“Kebenaran dan permulaan operasi tertakluk kepada kebenaran kerajaan negeri dan tatacara operasi standard yang ditetapkan, termasuk memuat turun aplikasi MySejahtera atau memberi maklumat secara manual,” katanya pada sidang media hari ini.    

Kebenaran ini menyusuli perbincangan antara Kementerian Perpaduan Negara dan 16 badan dan persatuan agama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here