Mee Udang Portweld

Di Taiping, Perak. Umum mengetahui bahawa di Taiping ini terdapat port terbaik untuk menikmati MEE UDANG.Dengan lebih terperinci lagi ialah di Kuala Sepetang, Taiping Perak.

Terdapat pelbagai pilihan gerai-gerai yang mengusahakan perniagaan Mee Udang di Kuala Sepetang ini.

Antara gerai yang terkenal dan menjadi sebutan para penggemar Mee Udang sudah semestinya, Mee Udang Mak Teh dan Mee Udang Mak Jah.

Makanya kali ini ingin mencuba sebuah lagi gerai yang menjadi buah mulut para penggemar Mee Udang Kuala Sepetang iaitu Mee Udang Portweld Salleh Stall.

Sepertimana yang telah tertera pada papan tanda gerai ini, ianya telah mula beroperasi sedari dari tahun 1956. Peerrghh, mamang otai la maksudnya gerai Mee Udang Portweld Salleh Stall. Lagi satu kalau nak dibandingkan, gerai ini merupakan satu-satunya pengusaha lelaki.

Iyerlah lagi dua gerai sepertimana yang saya sebutkan di atas merupakan dari pengusaha wanita. Baiklah tanpa membuang masa jom kita layan ceritera bergambar tentang gerai Mee Udang Portweld Salleh Stall.

Gerai ini betul-betul terletak di tepi jalan dengan papan tanda besar seperti dalam gambar di atas. Makanya memang mudah untuk mengenal pasti lokasi gerai ini.

Gerai asalnya adalah kecil sahaja. Disinilah merupakan dapur untuk penyediaan mee udang dan juga minuman. Terdapat juga beberapa kerusi meja untuk pelanggan menikmati hidangan.

Ini merupakan kawasan makan yang baru. Ianya dibina betul-betul bersebelahan dengan gerai asal Mee Udang Port Weld Salleh Stall.

Kawasan tempat makan ini lebih luas dan selesa. Untuk makluman anda semua, ianya akan PENUH di waktu puncak yer. Memang PENUH he3. So maksudnya memang ramai yang suka dengan Mee Udang Port Weld Salleh Stall ini.

Dah pun nama gerai mee udang, sah-sahlah menu utamanya ialah MEE UDANG. Tetapi terdapat juga menu lain. Antaranya ialah cucur udang. Apapun, jom layan menu pilihan hati saya pada hari kejadian.

Suci dari hati perut saya, this is the BEST Mee Udang kalau saya nak bandingkan dengan ketiga-tiga gerai mee udang Kuala Sepetang yang saya pernah cuba. Memang SEDAP.

Kuahnya PEKAT, MANIS dan isinya meriah. Sepinggan ini memang boleh makan berdua. Harga memang MURAH dan berbaloi.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here