Gugur hak milik jika komplot dengan sindiket sampah haram

Pemilik tanah persendirian berdepan risiko kehilangan hak milik jika berkomplot dengan sindiket pelupusan sampah haram, tegas Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Yang Dipertuanya Dato’ Zulkefli Khalid berkata notis pemulihan mengikut Kanun Tanah Negara dikenakan untuk kesalahan pertama, disusuli notis tunjuk sebab dan rampasan jika berulang.

“MPKj tidak akan bertolak ansur memandangkan bilangan tapak sampah haram bertambah, justeru pemilik yang berbuat demikian berdepan tindakan undang-undang serta tanah dirampas,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPKj hari ini.

Zulkefli berkata pihaknya terus komited membenteras kegiatan tidak bermoral bagi memastikan kualiti hidup masyarakat di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu lebih baik.

Pada 4 Jun lalu, MPKj mengeluarkan kompaun RM25,000 terhadap pemilik tanah persendirian di Kampung Sungai Serai dan Kampung Sungai Semungkis, Hulu Langat kerana menjadikan tanah mereka sebagai tapak pelupusan sampah haram.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here