Selangor anjur pameran kerjaya, tawar 24,500 pekerjaan

Selangor bakal menganjurkan pameran kerjaya yang menawarkan 24,500 peluang pekerjaan dalam tempoh terdekat, kata EXCO pembangunan generasi muda.

Mohd Khairuddin Othman berkata pemohon perlu mengisi borang menerusi laman web Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebelum dipilih menghadiri program tersebut serta ditemu duga di lokasi terpilih yang ditentukan kemudian.

“Kerjasama Kerajaan Negeri dengan Perkeso adalah antara usaha mengatasi isu pembuangan kerja selepas banyak sektor perniagaan terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tatacara operasi piawai (SOP) lokasi pameran kerjaya di peringkat akhir penelitian. Kita cadangkan penganjuran di daerah atau di kawasan luas bagi memastikan penjarakan sosial,” katanya ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin pada Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Pada 16 Jun, Mohd Khairuddin berkata kadar pengangguran di Selangor dijangka berada pada tahap 3.7 peratus tahun ini.

Pada Januari tahun ini Kerajaan Negeri meletak sasaran untuk menurunkan kadar pengangguran kepada 2.5 peratus. Kadar pengangguran di Selangor pada 2016 ialah 3.2 peratus sebelum turun kepada 2.8 peratus pada 2017, 2018 dan 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here