COVID-19: Angka korban lebih 675,000

Angka kematian global akibat pandemik COVID-19 meningkat lebih 7,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Menurut statistik Johns Hopkins University, jumlah kumulatif kes kematian di seluruh dunia setakat ini ialah 675,213.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 152,000 kematian.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 91,000 kematian.

United Kingdom dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 46,000 kes.

Sementara itu, India, Itali dan Perancis pula merekodkan 35,000 angka korban COVID-19 dan Perancis 30,000.

Negara terakhir merekodkan angka kematian melebihi 20,000 ialah Sepanyol dengan lebih 28,000 kes.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 18,000 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here