Padini Holdings dalam satu kenyataan melalui laman rasmi Facebook mereka dengan berat hati mengesahkan pada 5 Oktober 2020, salah seorang staf mereka telah diuji positif Covid-19 yang bertugas di Brands Outlet (Lot CF05 & CF07, Concourse, Paradigm Mall, Jalan SS7/26a, SS7, 47301, Petaling Jaya, Selangor).
Staf mereka itu kini sedang menjalani rawatan. Bagi mematuhi langkah-langkah keselamatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Padini telah bertindak mengesan kontak rapat, menutup sementara waktu outlet tersebut dan akan melakukan kerja-kerja sanitasi dan pembersihan segera. Mengarahkan semua staf di outlet terbabit untuk menjalani ujian Covid-19 dan perlu dikuarantin wajib 14 hari.
Keselamatan dan kesihatan pekerja dan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan Padini Holdings. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi [email protected] atau 03-5021-0600.