Tun Mahathir teruk dikecam netizen, menipu fakta PRN Sabah

Ahli parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dibidas dan dekecam para pengguna media sosial di Facebook kerana di dakwa memberikan fakta yang mengelirukan berhubung pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang diadakan baru-baru ini.

Menurut Dr Mahathir tindakan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) mengadakan PRN telah menyebabkan berlakunya peningkatan kes Covid-19 di negeri tersebut

“Untuk elak ini berlaku, kerajaan Warisan terpaksa dibubarkan untuk mengadakan PRN.

“Sepatutnya PRN Sabah tidak diadakan. Sabah sudah ada PRN pada 2018. Warisan menang dan tubuh kerajaan,” tulisnya di Facebook hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata, PRN itu berkos tinggi dan menyebabkan penularan Covid-19 dari Sabah ke Semenanjung.

“Dari negeri yang selamat, Sabah jadi kluster. Beribu akan jadi mangsa, maut pun ada.” tulisnya lagi.

Tindakan tersebut kemudiannya menerima ribuan kecaman daripada netizen yang menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai ‘nyanyuk’ kerana cuba menutup fakta sebenar.

Menurut mereka, parti Warisan Sabah (Warisan) sebenarnya telah kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu namun membentuk ‘kerajaan pintu belakang’ setelah UPKO melompat untuk menyokong parti itu.

Menurut mereka lagi, namun setelah mentadbir kerajaan negeri selama hampir 26 bulan, kerajaan Warisan akhirnya tumbang apabila bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman berjaya memperolehi majoriti mudah.

“Mintak maaf tun. Parti Warisan dan Safie Apdal tak pernah menang di Sabah pada 2018. Adun Upko yg lompat sokong Warisan dan PRN Sabah tak perlu diadakan jika Sabah ikut macam Johor dan Melaka yg ada mejoriti utk jd kerajaan.” ujar Herman Plani

“What ? Warisan menang PRN 2018 ? Setahu saya Warisan kalah Tun. Tun dah nyanyok ehs ?” ujar Kak Kem

“Nauzubillahiminzalik. Panjang umurnya tapi lidah berbelit.” ujar Rezuan Mohd

 Untuk rekod bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman telah mebuktikan mempunyai sokongan DUN yang cukup untuk membentuk kerajaan baru Sabah tanpa pilihanraya.

Enggan menerima keputusan tersebut, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku ketua menteri pada ketika itu kemudiannya memohon perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Rombongan Musa Aman untuk ke istana juga telah dihalang pada ketika itu.

Rentetan dari itu, pentadbiran kerajaan negeri kemudiannya bertukar kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) setelah Warisan gagal memperolehi majoriti mudah.

Sehingga jam 7.00 petang tadi, kenyataan Dr Mahathir itu telah menerima hampir 7,900 komen berbaur kecaman, manakala seramai 19.3 ribu menekan tanda ‘gelak’ kerana tidak bersetuju. 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here