Asteroid diameter 0.51 kilometer akan Melintas Planet Bumi Ahad Ini

NASA mengesahkan bahawa satu asteroid setinggi bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa dan diameter 0.51 kilometer dijangka akan melintasi bumi ahad ini.

Menurut NASA, asteroid yang dinamakan 153201 2000 W0107 itu kini bergerak ke angkasa lepas dengan kelajuan 56,000 batu sejam. Kejadian ini dijangka akan berlaku pada 29 November 2020 ini.

Asteroid tersebut berukuran antara 12, 000 hingga 25, 700 kaki (ft) iaitu bersamaan dengan 370 hingga 820 meter tinggi. Ia memberi peluang kepada saintis untuk mengkaji dengan lebih terperinci.

Bagaimanapun, asteroid gergasi ini yang diklafikasikan sebagai ‘Asteroid Menghampiri Bumi’ (NEA) itu tidak melanggar bumi atau menyebabkan malapetaka.

Terdahulu, saintis di New Mexico telah menemui asteroid yang sama pada 29 November 2000 yang lalu.

Asteroid merupakan sisa-sisa batu tanpa udara yang dihasilkan daripada kesan pembentukan sistem suria sekitar 4.6 bilion tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here