Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia

Georgrtown, Feb-
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.

Khabar duka itu disahkan ibu saudaranya, Siti Farhani Mohamad Fikri, 33 kepada media.

“Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad Fakhruddin sudah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11 malam, ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang ( HPP).

Terdahulu, media melaporkan mengenai keadaan kanak-kanak terbabit yang kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP .

Kanak-kanak itu dikatakan rebah di Kelas -Quran dan Fardhu ‘Ain (KAFA), di Sungai Dua, Butterworth, kira-kira jam 2.30 petang Selasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here