COVID-19: KES BAHARU 17, 236 KES POSITIF

Putrajaya, Aug 9-

Sebanyak 17,236 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan pada hari ini. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di negara ini ialah sebanyak 1,279, 776 kes.

Kes harian di Selangor merekodkan sedikit penurunan berbanding minggu lalu dengan 5,740 kes diikuti Kuala Lumpur 1,567 kes, Kedah (1,328), Sabah (1,247), Johor (1,232) dan Negeri Sembilan (1,215).

Negeri lain adalah Perak (935), Kelantan (914), Pulau Pinang (908), Pahang (604), Sarawak (589), Terengganu (501), Melaka (360), Putrajaya (66), Perlis (22) dan Labuan (lapan).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here