HAIWAN PEROSAK MENYEBABKAN BAU MENYENGAT DI KAJANG

Kajang, Ogos 25-

Kebersihan persekitaran bertambah buruk dengan masalah tikus di persekitaran Kajang, kedai Sungai Chua dan pangsapuri Taman Semarak.

Thilaga Muniandi, Premala Raman dan Bhuvanes Shanmugam berkata bahawa bau busuk disebabkan oleh tikus dan timbunan sampah di longkang yang telah menyebabkan masalah kesihatan selama lebih dari sebulan.

Mereka meluahkan bahawa makanan-makanan tin, barang-barang di kedai seperti roti, kentang dan produk kecantikan mengalami kerosakan akibat angkara tikus.

Sekiranya longkang berkenaan tidak dibersihkan bagi beberapa minggu, kumbahan tersekat dan mengeluarkan bau teramat busuk khususnya pada musim hujan. Ini menyebabkan peningkatan himpunan lalat dan nyamuk.

Segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab di kawasan persekitaran membuang sampah tanpa mempertimbangkan kesihatan. Oleh itu, mereka meminta pihak berkuasa daerah segera melakukan operasi pembersihan atau gotong royong untuk memebrsihkan kawasan di Taman Semarak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here