5 rentung dalam satu kereta

Lima rentung apabila kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan dua treler di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, selepas Terowong Menora, di sini, tengah malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata nahas membabitkan kereta yang belum diketahui pasti modelnya dengan dua treler yang masing-masing bermuatan besi dan mozek.

Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar bergegas ke tempat kejadian dibantu oleh BBP Meru Raya serta jentera tangki air BBP Kamunting dan BBP Ipoh sebaik panggilan diterima jam 12.52 tengah malam tadi.

Lima individu dikenali pasti rentung dalam Katanya, nahas membabitkan keseluruhan sebanyak lapan mangsa, dengan lima daripadanya yang menaiki kereta maut di tempat kejadian manakala dua pemandu treler dan seorang kelindan terselamat.

Lima mangsa di dalam kereta disahkan maut setelepas disewa oleh pegawai perubatan hospital dengab kerja mengeluarkan mangsa masih dijalankan katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here