Gadis 19 tahun hanya 100sm

New Delhi: Jika dilihat kepada fizikalnya, pasti orang menyangka gadis dari Najapur, India ini kanak-kanak berusia kurang dari enam tahun. Namun, Aboli Jarit yang mempunyai ketinggian kira-kira 100 sentimeter itu sebenarnya sudah berusia 19 tahun.

Aboli didiagnos dengan penyakit jarang jumpa, renal ricket atau keadaan kecacatan tulang disebabkan masalah buah pinggang kronik. Lebih memburukkan keadaan, dia dilahirkan tanpa pundi kencing yang memerlukan pemakaian lampin sepanjang masa.

Seiring usianya, tulang gadis itu semakin lemah hingga menyebabkannya tidak dapat berjalan sedangkan dia suka menyanyi dan menari. Aboli berkata, walaupun berdepan cabaran berkenaan, namun dia tetap optimis dan bersemangat meneruskan kehidupan.

“Tidak ramai orang menghidap penyakit ini. Perkara yang baik ialah saya masih bertahan dan kebanyakan orang tidak dapat bertahan,” katanya. Katanya, dia mahu orang ramai mengenalinya kerana bakat dan kecantikannya bukan kerana keadaan yang luar biasa itu.

Keluarga saya sangat menyokong setiap apa saya lakukan termasuk menyertai pelbagai jenis pertunjukan bakat. Saya mengimpikan menjadi penyanyi atau pelakon Bollywood atau Hollywood. Harap saya dapat capainya nanti, katanya kepada Jam Press.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here