Durian Kura-Kura unik berbuah di batang, pangkal

Kuching, Sep 24.
Penggemar durian tempatan di Sarawak kini ‘berpesta’ apabila Raja Buah itu melambak di pasaran sejak lebih sebulan lalu. Namun ketika orang ramai berebut-rebut membeli durian pelbagai variati yang dijual pada harga rendah, ada yang mungkin tidak mengetahui malah tidak pernah melihat sejenis durian yang dikenali sebagai ‘durian kura-kura’ yang hanya ditemui di utara Sarawak, khususnya Limbang dan Miri.

Durian kura-kura unik kerana ia berbuah di batang dan pangkal pokok, tidak seperti durian lain yang berbuah di dahan.

Asal usul durian itu digelar durian kura-kura oleh penduduk tempatan di Limbang ini ialah kerana kedudukan buahnya yang rendah, bukan seperti dakwaan yang mengatakan bau durian itu seperti bau kencing kura-kura.

Dakwaan itu memang jauh lari dari fakta kerana yang sebenarnya penduduk tempatan memberi gelaran itu sebab buahnya berada di kedudukan rendah sehingga kura-kura pun boleh mencapainya. satu lagi keunikan durian kura-kura ialah rasa dan teksturnya yang berbeza dengan durian biasa.

Durian kura-kura mempunyai rasa dan identiti yang tersendiri yang apabila matang tekstur durian itu seperti buah nangka, sedikit berair dan manis seperti cempedak atau nangka tetapi jika dipetik ketika belum cukup matang rasanya seperti kubis manis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here