Mahkamah arah NFCorp bayar balik RM33.7 juta kepada kerajaan

Kuala Lumpur, Okt 14.

Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) membayar balik RM33.7 juta kepada kerajaan berhubung projek Pusat Fidlot Kebangsaan di Gemas, Negeri Sembilan.

Membenarkan saman kerajaan terhadap NFCorp dan 10 lagi defendan, Hakim Anand Ponnundurai mengarahkan NFCorp selaku defendan pertama membayar balik RM33,743,591.37, sebahagian daripada jumlah pinjaman yang tidak digunakan, kepada kerajaan. “Plaintif (kerajaan) mempunyai hak ke atas RM86.9 juta yang disita daripada defendan, yang pada masa ini dipegang oleh akaun awam secara eskrow (pihak ketiga).”

Hakim juga memerintah 11 defendan terbabit memulangkan tanah di Gemas dan Putrajaya serta unit kondominium One Menerung di sini yang dibeli menggunakan dana pinjaman itu kepada kerajaan, yang merupakan pemilik benefisial hartanah berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here